Ahad, 19 Oktober 2008
Khamis, 4 September 2008
Khamis, 28 Ogos 2008
khasiat Yis Beras Merah
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
Rabu, 6 Ogos 2008
MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SYA’BAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Apabila menjelmanya bulan Sya’ban maka ia memberi petanda bahawa kita semakin hampir untuk bertemu dengan Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA.
Oleh itu sebagai persiapan untuk kita menghadapi bulan Ramadan ini ada antara kita tertanya-tanya tentang apakah amalan-amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w pada bulan Sya’ban ini. Sebenarnya, pada bulan Sya’ban Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan puasa hingga diriwayatkan bahawa baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.
Aisyah r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.
Justeru, hanya amalan puasa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w khusus untuk bulan Sya’ban. Selain dari amalan ini tiada hadis sahih menunjukkan baginda mengkhususkan amalan-amalan tertentu sempena bulan Sya’ban. Malah, tidak wujud riwayat-riwayat daripada para sahabat menunjukkan mereka menyambut kedatangan Sya’ban dengan amalan-amalan tertentu. Namun, amalan-amalan sunnah yang lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat, membaca zikir-zikir dan doa-doa ma’thur boleh diteruskan sepanjang bulan Sya’ban sebagaimana bulan-bulan yang lain.
Tentang hikmah Rasulullah s.a.w meningkatkan amalan puasa pada bulan Sya’ban ini, al-Hafiz Ibn Hajar telah memberi komentar di dalam Fath al-Bari Penjelasan Sahih al-Bukhari, edisi terjemahan oleh Amiruddin, terbitan Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jilid 11, muka surat 369:
"Hikmah yang lebih tepat untuk dikatakan berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan amalan puasa pada bulan Sya’ban adalah seperti yang disebutkan oleh hadis dengan darjat yang lebih sahih daripada hadis-hadis terdahulu. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid r.a katanya:
"Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa dari sebahagian bulan Sya’ban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan-amalan kepada ALLAH, TUHAN semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , hadis no: 2317.
Oleh itu, sewajarnya kita menyambut kedatangan Sya’ban ini dengan menggandakan ibadah puasa. Namun, terdapat beberapa perkara yang sering diperdebatkan tentang puasa pada bulan Sya’ban ini. Antara perkara-perkara tersebut adalah:
1. Bolehkah kita berpuasa pada keseluruhan bulan Sya’ban?
2. Apakah dilarang berpuasa setelah melepasi pertengahan bulan Sya’ban?
Insya-ALLAH penulis akan membahaskan kedua-dua topik tersebut di dalam bab berikutnya.
Bolehkah Kita Berpuasa Keseluruhan Bulan Sya’ban?
Ulama berbeza pendapat sama ada dibenarkan kita berpuasa sepanjang bulan Sya’ban atau tidak. Sebahagian pendapat mengatakan bahawa kadangkala Nabi s.a.w berpuasa pada keseluruhan bulan Sya’ban dan adakalanya baginda berpuasa pada sebahagian besar bulan Sya’ban sahaja. Antara ulama yang berpegang kepada pendapat ini adalah Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz r.h.
Sebahagian yang lain berpendapat baginda tidak pernah berpuasa sebulan penuh pada mana-mana bulan menurut kalendar hijriyyah kecuali bulan Ramadan al-Mubarak. Manakala pada bulan Sya’ban pula baginda hanya berpuasa pada sebahagian besar sahaja.
Pendapat kedua ini disokong oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani r.h seorang tokoh hadis bermazhab Syafie. Perbezaan pendapat ini disebabkan wujudnya hadis-hadis Nabi s.a.w yang yang menunjukkan baginda pernah berpuasa sepanjang bulan Sya’ban dan ada pula yang menidakkannya.
Mari kita perhatikan beberapa hadis yang dijadikan dalil bahawa baginda s.a.w pernah berpuasa sepanjang bulan Sya’ban.
Ummu Salamah r.a berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak berpuasa sebulan penuh dalam setahun melainkan bulan Sya’ban dan baginda sambungkan Sya’ban dengan Ramadan." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai, hadis no: 2313.
Menurut Abu Salamah r.a, Aisyah r.a berkata:
"Nabi s.a.w tidaklah berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak berbanding bulan Sya’ban. Sesungguhnya baginda berpuasa sebulan penuh." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1970.
Abdullah bin Abi Qais r.a mendengar Aisyah r.a berkata:
"Bulan yang paling disenangi Rasulullah s.a.w untuk berpuasa adalah bulan Sya’ban kemudian disambungnya dengan puasa Ramadan." – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , hadis no: 2310.
Tetapi, hadis di atas seakan-akan bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. Sedangkan, beliau menceritakan bahawa Nabi s.a.w hanya berpuasa sepanjang bulan pada bulan Ramadan sahaja. Aisyah berkata:
"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.
Untuk menghilangkan percanggahan yang timbul ini, al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa hadis yang menunjukkan Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh bulan Sya’ban sebenarnya hanya menunjukkan baginda biasa berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut. Tambahnya lagi:
"Imam al-Tirmizi menukilkan daripada Ibn al-Mubarak katanya: Menurut bahasa Arab, apabila seseorang berpuasa pada sebahagian besar dari sesuatu bulan maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh. Dikatakan si fulan solat sepanjang malam padahal ada kemungkinan dia masih makan malam serta sibuk dengan urusan lain." – Rujuk Fath al-Bari karya Ibn Hajar ‘Asqalani, jil. 11, ms. 366.
Setelah didatangkan beberapa pendapat ulama yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w kadangkala hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban dan kadangkala hanya berpuasa sebahagian besar pada bulan itu, al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan di dalam Fath al-Bari, jilid 11, muka surat 367:
"Tetapi, jelas sekali pendapat ini seakan-akan terpaksa. Namun, pendapat paling sahih adalah pendapat pertama, iaitu baginda hanya berpuasa sebahagian besar daripada bulan Sya’ban. Ia dikuatkan lagi melalui riwayat Abdullah bin Syaqiq yang dinukilkan daripada Aisyah serta dikeluarkan oleh al-Nasaai yang berbunyi:
"Baginda s.a.w tidak pernah berpuasa sebulan penuh sejak datang ke Madinah selain bulan Ramadan."
Manakala hadis yang dimaksudkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar melalui Ibn Abbas r.a pula berbunyi:
"Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa sebulan penuh selain puasa Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1971.
Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis yang melarang kita berpuasa sehari atau dua hari sebelum puasa Ramadan bermula.
Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Jangan sekali-kali salah seorang antara kamu semua mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari kecuali orang yang sudah biasa berpuasa pada hari itu. Justeru, dia bolehlah berpuasa pada hari itu." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1914.
Apakah Dilarang Berpuasa Setelah Melepasi Pertengahan Bulan Sya’ban?
Tanggapan bahawa dilarang berpuasa pada bulan Sya’ban setelah memasuki hari ke 15 adalah bersandarkan kepada hadis Abu Hurairah r.a.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika memasuki pertengahan Sya’ban, janganlah kamu semua berpuasa." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, hadis no: 1990.
Ulama berbeza pendapat tentang status hadis ini. Sebahagian ulama menganggapnya daif (lemah). Al-Hafiz Ibn Hajar r.h berkata:
"Al-Rauyyani berkata: Haram mengerjakan puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadan dan dimakruhkan mengerjakan puasa sejak pertengahan Sya’ban berdasarkan hadis lain. Sementara jumhur ulama berpendapat harus mengerjakan puasa sunat setelah pertengahan bulan Sya’ban. Mereka menganggap hadis yang melarang puasa pada waktu itu bermartabat daif (lemah). Sementara Imam Ahmad dan Ibn Ma’in mengklasifikasikan sebagai hadis mungkar (diriwayatkan oleh perawi daif serta menyalahi riwayat perawi tsiqah).
Imam al-Baihaqi menjadikan hadis di bab ini, iaitu hadis di dalam Sahih Bukhari, hadis no: 1914, bab: Tidak boleh mendahului Ramadan dengan berpuasa satu atau dua hari sebagai dalil untuk melemahkan hadis tersebut.
Imam al-Baihaqi r.h berkata: “Riwayat yang memberi keringanan (rukshah) untuk tetap berpuasa sehingga sehari atau dua hari menjelang Ramadan lebih sahih berbanding hadis al-Alla’, iaitu hadis riwayat Abu Daud. Hal yang sama, iaitu mendaifkan hadis tersebut telah dilakukan oleh al-Tohawi." – Rujuk Kitab Fath al-Bari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 11, ms. 86-87.
Namun begitu, Ibn al-Qayyim r.h di dalam Tahdib al-Sunan melihat bahawa hadis Abu Daud ini sahih. Bagi Ibn al-Qayyim, sebenarnya tidak wujud percangahan antara hadis yang melarang berpuasa setelah pertengahan bulan Sya’ban dan hadis yang membenarkannya. Bagi beliau, hadis al-Alla’ tersebut hanya melarang mereka yang ingin memulakan puasa bulan Sya’ban di pertengahan bulan tersebut secara sengaja dan ia bukan larangan bagi mereka yang telah memulakan puasa pada awal bulan Sya’ban.
Hadis Abu Daud ini juga telah disahihkan oleh Syeikh al-Albani dan Syeikh Ibn Bazz r.h. Oleh itu, penulis terbuka kepada kedua-dua pendapat yang melemahkan serta menguatkan hadis tersebut. Namun, jumhur ulama membolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban diteruskan walaupun setelah pertengahan bulan tersebut.
KESIMPULAN
Jelas di sini bahawa Nabi s.a.w berpuasa pada sebahagian besar bulan Sya’ban.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) di hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (di waktu susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21.
Justeru, marilah kita hidupkan bulan Sya’ban ini dengan memperbanyakkan ibadah puasa. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH serta mendapat balasan yang baik di hari akhirat kelak.
PULAU KONSERT BARAT
The 23-year-old singer is scheduled to hold a concert, her first in the Muslim-majority nation, in the capital Kuala Lumpur on August 29.
However, the opposition Parti Islam SeMalaysia (PAS) youth wing slammed the organizers for approving the show, saying the young pop-punk star's loud shows were not in line with local culture.
'This show is not suitable for our local culture,' said Herman Samsudeen, the wing's information chief.
'Our independence month should be marked by respect ... and not remembered by inviting the offsprings of colonists who will teach our children how to become modern monkeys, prancing around without any purpose,' he said in a statement.
Malaysia celebrates it's 51st year of independence of Britain on August 31.
'Approving this concert is a great insult,' the statement said.
Herman said the party would send an official protest note to the government to call for cancelling the show.
A party official declined to comment, as Lavigne holds Canadian nationality, saying only that Western influences in general were 'damaging' to local culture.
PAS, which has been in control of the northeastern state of Kelantan since 1990, has imposed strict religious laws dictating dress and all forms of entertainment in the state.
Among others, women entertainers are not allowed to perform in public, and men and women have to sit separately in cinemas.
Jumaat, 4 Julai 2008
DISKUSI MERATA
dah lama jejari ni menaip tapi baru sekarang baru ada kelapangan. setelah berusaha beberapa kali untuk buat diskusi Maghrib di KISAS, barulah berjaya. Insya Allah, malam ini saya akan bersama adik-adik puteri KISAS dalam wacana minda sihat untuk merungkai persoalan aurat dan keselamatan wanita.
rupanya nak bagi ceramah percuma nipun bukannya mudah. banyak protokolnya yang perlu dilepasi. ala kulli hal, hikmah itu penting. tak lupa ucapan terima kasih kepada SU ALKIS, dr. firdaus (harap anaknya cepat sembuh) dan cikgu jamaliah yang bersusah payah membantu saya dalam urusan ini.
kita tunggu apa jadi semasa ceramah saya nanti.
wassalam.
Rabu, 2 Julai 2008
Dulu guru sekolah, kini jutawan
Bagaimanapun, berapa ramaikah daripada kita yang berjaya mencapai impian tersebut walaupun telah mencurahkan keringat dari awal pagi hingga lewat tengah malam.
Sebelum ini, situasi yang sama juga dihadapi oleh Kamarulzaman Jailan, 46, yang meninggalkan kerjaya perguruan untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau melakukan pelbagai perniagaan daripada berniaga di pasar malam, menjual nasi lemak hinggalah menjual cakera padat (CD) dan pernah diisytiharkan muflis pada tahun 1993.
Tetapi beliau kini bergelar jutawan, hasil penyertaan dalam syarikat pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM), De Classic Life (M) Sdn. Bhd. atau DCL. Wartawan NOOR FAZRINA KAMAL dan jurugambar ROY AZIS menemu bual Kamarulzaman bagi berkongsi rahsia bagaimana menjadi jutawan dengan hanya menyertai perniagaan MLM.
Mega: Boleh cerita serba sedikit latar belakang saudara?
KAMARULZAMAN: Saya dilahirkan di Batu Pahat, Johor, 46 tahun lalu dan telah mendirikan rumah tangga dengan Wan Azlaili Wan Abd. Aziz pada 1990 dan kini mempunyai tiga cahaya mata.
Saya pernah mendapat latihan di Maktab Asas Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dari 1982 hingga 1984. Selepas tamat pengajian, saya memulakan tugas sebagai guru pada 1985 sehingga meletak jawatan lima tahun kemudian untuk menceburi dalam bidang perniagaan.
Saya dan isteri mempunyai minat yang sama, iaitu menceburi bidang perniagaan dan kami mengharungi dunia tersebut bersama-sama.
Bagaimana pula boleh terbabit dalam bidang perniagaan MLM sehingga berjaya bergelar jutawan seperti sekarang?
KAMARULZAMAN: Saya menceburi bidang perniagaan MLM kerana inginkan pendapatan yang lumayan dan lebih penting perubahan dalam hidup.
Bagaimanapun, sebelum bersama DCL, saya telah menyertai tiga syarikat MLM dari tahun 1986 hingga 2002. Sepanjang tempoh itu terlalu banyak cabaran yang saya tempuhi. Jatuh bangun dalam perniagaan sehingga ke peringkat saya pernah diisytiharkan muflis pada 1993.
Kami sering berpindah rumah kerana tidak mampu membayar sewa dan pernah ketika berpindah dari Johor ke Temerloh, Pahang, saya hanya mempunyai RM5 dalam poket.
Selain jualan langsung, untuk menampung hidup saya juga melakukan bermacam-macam perniagaan termasuk berniaga di pasar malam, menjual CD dan berniaga nasi lemak.
Walaupun tiga kali gagal dalam MLM, saya tidak patah semangat sehinggalah saya diperkenalkan dengan DCL oleh seorang rakan pada Oktober 2002.
Pastinya banyak cabaran yang saudara lalu sebelum berjaya seperti sekarang?
KAMARULZAMAN: Memang betul. Dalam apa juga bidang, untuk berjaya kita tidak dapat mengelak daripada berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Apa yang penting bagi saya ialah kesungguhan dan kerja keras serta tidak cepat berputus asa.
Antara cabaran paling besar ialah apabila saya diberi tanggungjawab oleh Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar untuk membina rangkaian DCL di Sabah. Saya ingat lagi, mesyuarat pertama saya di sana pada 2003 hanya tiga orang saja yang hadir.
Bagaimanapun, saya tidak patah semangat, sebaliknya berusaha mencari formula bagaimana untuk menembusi pasaran negeri Sabah selepas empat kali cubaan sebelum ini menemui kegagalan.
Saya dapati puncanya ketika itu ialah kami gagal menghayati budaya perniagaan masyarakat di sana. Justeru, saya berusaha untuk merapatkan jurang tersebut dengan mendekati dan meletakkan diri sebagai sebahagian daripada mereka.
Hasilnya, dalam tempoh tidak sampai lima tahun, sekarang kami mempunyai lebih 100,000 pengedar di seluruh Sabah dan tiga daripadanya sudah sampai ke tahap jutawan. Sekarang ini saya dalam proses membantu menghasilkan beberapa lagi jutawan DCL di Sabah.
Untuk berjaya pastinya perlu pengorbanan. Apakah pengorbanan paling besar yang saudara lakukan?
KAMARULZAMAN: Pengorbanan paling besar sudah tentu masa bersama keluarga. Saya akui banyak masa bersama keluarga terpaksa dikorbankan. Mujur juga isteri saya begitu memahami, malah ada masanya dia mengambil alih tugas saya sebagai suami bagi memberi ruang kepada saya membina empayar perniagaan demi kesenangan kami bersama.
Bayangkan dalam sebulan, 25 hari saya terpaksa bekerja di luar daerah tanpa satu hari cuti pun. Rutin ini berterusan selama empat tahun di mana terpaksa berulang alik ke Singapura, Brunei, selain Sabah dan seluruh Semenanjung.
Cuma dua atau tiga hari saya bertemu isteri dan anak-anak. Dalam hal ini saya amat menghargai pengorbanan yang dibuat isteri dan anak-anak.
Pengorbanan tersebut sedikit sebanyak berbayar apabila pada 2004 saya telah dinobatkan sebagai duta jutawan DCL pertama, iaitu hanya kira-kira dua tahun selepas menyertai syarikat tersebut. Hasil daripada pengorbanan bekerja keras ini juga, syarikat juga telah memilih saya untuk memegang jawatan Presiden Direktor PT DCL Indonesia bermula tahun 2008 ini. Saya anggap pemilihan itu sebagai tanggungjawab untuk memastikan produk-produk DCL dikenali dan diterima oleh masyarakat di sana.
Pada pandangan saudara apakah kelebihan dalam perniagaan MLM?
KAMARULZAMAN: Pertamanya, sudah tentu pendapatan lumayan dalam tempoh yang kita sendiri boleh tetapkan sama ada cepat atau lambat. Apa yang penting kesediaan untuk berusaha dan berkerja keras.
MLM membolehkan semua orang tanpa mengira peringkat usia, status, kaya atau miskin mampu memiliki perniagaan sendiri tanpa memerlukan modal yang besar seperti perniagaan lain. Ini kerana MLM boleh dijalankan di mana-mana, waima di dalam kereta sekalipun dan tidak semestinya memiliki kedai.
Selain itu, dalam bidang MLM ini, kita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang menyokong terutama ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan untuk sama-sama mengecapi kejayaan dan kemewahan.
Apakah anda puas hati dengan pencapaian sekarang?
KAMARULZAMAN: Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan. Dengan pendapatan enam angka sebulan, berpeluang memiliki kereta mewah dan beberapa aset sebagai pelaburan hasil daripada perniagaan bersama DCL. Berpuas hati bukan bermakna saya perlu berhenti berusaha. Banyak lagi yang perlu saya lakukan kerana saya mahu melihat lebih ramai usahawan-usahawan DCL lain juga bergelar jutawan membantu mereka agar impian menjadi kenyataan.
RED GUARA CAFE : MENGANCAM HABIS!!

Kopi abad ini..sedap lagi speselllll
Mengandungi :
Guarana
- Kopi Arabica (Arabica Coffee)
- Ubi Bit Merah (Red Beet Root)
- Yis beras merah (Red rice yeast)
- Krimer tanpa tenusu (Kacang Soya)
(1.1) SEJARAH GUARANA
Guarana di mana bijinya berbentuk bulat, kecil, merah dan berkelompok jenis tumbuhan menjalar dari Amazon, Brazil. Nama Guarana adalah dirujuk sebagai 'mata' (pokok suci) oleh kaum Guaranis India di Amerika Selatan.
Rekod permulaan penggunaan Guarana adalah bermula pada tahun 1669 bila mana J.Felipe (seorang mubaligh) mendapati kaum India di Kota Maues telah menggunakannya sebagai tonik dan bahan perangsang. Hasil kajian daripada saintis didapati faktor di sebalik rahsia orang India di Kota Maues di tebing Amazon berumur panjang.Secara purata mereka berusia 80 tahun ke atas dan dalam setiap 1000 orang, 3% daripadanya berusia 100
tahun ke atas. Justeru itulah Guarana terkenal sebagai “Pokok Suci” dalam budaya orang India. Maka itulah Dr. Anna Aslan berkata “samada manusia dapat menjadi muda, kuncinya pada guarana. Bahkan ia sumber mengekalkan kecantikan”.
(1.2) KANDUNGAN BAHAN UTAMA TERDAPAT DALAM GUARANA
(1.2.1) Nilai Perubatan
Guaranina, Hipoxantina, Proantocyonidina, Asid Salisilik, Tannin, Teobronina, Teofilina dan Xantina.
(1.2.2) Nilai pemakanan
Asid amino: Leusina, Lisina, Tirosina, Metaionina, Triptofana, Valina, Sistina, Alanina, Asid Glutamik,Isoleusina, Arginina dan Glisina. Mineral (Galian) : Kalium,Fosfors, Kalsium, Zat Besi dan Zink. Adenina, Guanina, Kolin, Glukosa, Musilaj dan Asid Nikotonik. Vitamin B1, B2, B6, B12, dan E
(1.3) KANDUNGAN BAHAN AKTIF DALAM GUARANA:
Kumpulan Xantina (metilxantina), Alkaloid (kumpulan Metilxantina) Terdiri dari :Guaranina atau bahan asal kafein (Tetrametilxantina).
(1.4) LAIN-LAIN BAHAN DALAM GUARANA
Saponin,Tannin Astrigent,Minyak Asli
(1.5) APA GUARANA BOLEH BUAT ?
(1.5.1) Guarana didapati sangat berkesan menentang Arteriosklerosis dimana tindakbalasnya akan menghasilkan HDL (High Density Lipo Protein/ kolesterol baik) yang akan membersihkan lapisan saluran darah dari gejala kolesterol buruk (LDL-Low Density Lipo Protein).
(1.5.2) Meningkatkan bekalan Oksigen dalam badan (pernafasan).
Saluran pernafasan iaitu Bronkiol akan mengembang.Lebih banyak Oksigen dibawa masuk.
Lebih Oksigen untuk sel-sel badan.
(1.5.3) Menambah kebolehan mendapat tenaga:
Menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (Glikogen) di dalam hati.Meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan.Tenaga untuk sel bertambah. Keseluruhannya biomekanisme badan dipertingkatkan /diperbaiki.Menghindarkan atau mengurangkan kepenatan. Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual. Penahan lapar. Oleh kerana itu membantu untuk menurunkan berat badan dan bagus untuk orang yang berpuasa.
(1.5.4) Meninggalkan kesan hormon :
Pada sel, guarana menghalang enzim Fosfodiesterase daripada menukar cAmp kepada 5 Amp.
Ia melengahkan dan meningkatkan kesan pelbagai hormon. Ini mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan.
2. RED BEET ROOT / UBI BIT MERAH (Beta vulgaris)
(2.1) SEJARAH UBI BIT MERAH:
Ubi Bit Merah sering digunakan oleh orang-rang Cina dan Eropah dalam pemakanan harian sebagai sumber tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.
(2.3)KELEBIHAN UBI BIT MERAH
Mengandungi karbohidrat,protein dan lemak untuk tenaga.Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12, dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Pigmen merah dalam bit di dapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser. (Dr.Ferenzi yang mempunyai 18 tahun pengalaman dalam merawat pesakit kanser pernah menyatakan “Ubi Bit Merah mengurangkan aktiviti sel-sel kanser”). Mengandungi komponen “Betaine” yang sangat berkesan membantu fungsi hati.Asid nukleik dari bit menyubur dan membantu separasi sel.Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida.
Mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung (Pakar-pakar penyakit jantung dari Universiti of Wisconsin Madison, U.S menyatakan “Ubi Bit Merah yang kaya dengan asid folik nutrient bagi membantu menghindari daripada serangan sakit jantung”)
Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfir, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium. Membantu menyerap pelbagai nutrient yang diperlukan.Perangsang dan pembersih ginjal. Membantu memberi perlindungan maksima terhadap migrain. Buang toksik.
3. RED YEAST RICE / YIS BERAS MERAH (Monascus purpurues)
(3.1) SEJARAH YIS BERAS MERAH:
Yis Beras Merah telah digunakan oleh orang-orang Cina sejak beratus-ratus tahun sebelum ini. Beras Merah adalah hasil 'fermentasi' sejenis Yis Monascus purpureus yang selalunya sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut.
Kajian secara saintifik ke atas Yis Beras Merah didapati berfaedah kerana :
Komponen-komponen penyekat HMG-COA reductase berupaya menurunkan kadar jumlah kolesterol. Bagus untuk menurunkan berat badan. Ianya juga berkesan menurunkan kadar lemak degil/ jahat (Trigliserida). Mengandungi belasan komponen asli yang sama seperti dengan ubat 'satin' di mana dewasa ini sangat popular digunakan untuk merawat masalah kolestrol berlebihan (seperti jenama, Baycol, Lescol, Lipitor, Meracor dan Pravachol).Melembutkan saluran darah yang keras.Membantu proses penghadaman yang sempurna.Sakit perut.
4. KOPI ARABICA/ ARABICA COFFEE
(4.1) KELEBIHAN KOPI ARABICA:
Biji Kopi Arabica ditanam 2000 kaki (610 meter) dari aras laut, justeru ianya mengandungI kadar air yang minima, maka bagus untuk kesehatan dan rasa yang enak. Biji Kopi Arabica juga mengandungi kadar kafien yang minima justeru bagus untuk penghidap Migrain dan boleh diminum oleh kanak-kanak.
(5.1) KELEBIHAN KACANG SOYA:
Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:
- Tidak menganggu potensi herba yang diadun bersama.
- Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik.
- Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
- Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron dan phosphorous.Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
- Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
- Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
- Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
- Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
- Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein,sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Nota:
Red Guara Cafe adalah produk di bawah Bahagian Kawalan Mutu Makanan. Kategori makanan dan minuman tidak perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan bahkan bukan di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
WM: RM19.80 | EM: RM21.80 | Bru: $11.50 | S'pore: $10.80
Q-She : KEMBALIKAN REMAJAMU

Q~she Diadun dari lobata(pueraria mirifica) gred terpilih, berkesan bagi meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen yang berfungsi mengaktifkan kolagen BAWAH kulit yang mana hasilnya anda akan lihat dan rasai setiap hari.
Q~She akan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit, menegangkan payudara dan menghasilkan potongan badan yang menarik.
Q~She dikomposisi daripada lobata atau nama saintifiknya Pueraria. Lobata atau Pueraria mempunyai 13 spesis atau keluarga di mana spesis yg terbaik adalah keluarga Pueraria Mirifica. Spesis tersebut (Pueraria Mirifica) yg diadun dalam QShe terbukti sangat berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen dalam tubuh wanita bagi mengaktifkan kolagen di bawah kulit, Kesan daripadanya, kulit anda akan tegang dan lembut, payudara menjadi montok dan punggung bertambah menarik.
Apakah fungsi QShe?
Fungsi-fungsi:
1. Membesar dan membentuk payu dara remaja
2. Membentuk dan menegangkan payu dara wanita berumur
3. Mengetat dan memlembapkan vagina
4. Mengekalkan suhu badan yang sihat untuk rahim, vagina dan sistem peranakan.
5. Menjaga dan mengangkat rahim kepada tempat asal
6. Membantu membersihkan sistem dalaman wanita
7. Merangsang pembentukan semula otot-otot payu dara, rahim, vagina dan kulit
8. Mengembalikan dan mengekalkan keremajaan sistem wanita
9. Melambatkan proses penuaan payu dara, rahim, vagina, kulit dan rambut wanita
10. Menyelesaikan masalah wanita seperti menopause, sakit haid, ketidakstabilan emosi, keputihan, senggugut dan banyak lagi
11. Mencegah kanser payu dara dan rahim
Phytoestrogen mengandungi potensi aktiviti biologi anti-Karcinogenik. Ia merangsang kesan estrogenik terhadap organ wanita seperti payudara, uterus dan ovari. Banyak kajian menunjukkan bahan-bahan aktif yang terdapat dalam phytoestrogen, selain dari berkesan untuk membesar, menegang dan mencantikkan payudara, juga mampu bertindak sebagai anti-kanser payudara, prostate, kolon, dan penyakit jantung dengan sifatnya yang merendahkan kadar kolesterol darah dan sindrom anti-menopaus.
Kompaun yang membezakan phytoestrogen dalam Pueraria Mirifica dan Lobata berbanding tumbuhan lain adalah Miroestrol dan Deoxymiroestrol, yang mengandungi kandungan estrogenik tertinggi. Tumbuhan lain seperti kacang soya dan alfalfa yang terkenal sebagai memiliki pengganti estrogen wanita juga mengandungi kandungan phytoestrogen, namun kadarnya lebih rendah berbanding dengan Pueraria Mirifica dan Lobata.
Kedua-dua herba tersebut dikatakan dapat menggantikan hormon wanita estrogen yang semakin berkurang akibat pertambahan usia wanita. Kekurangan estrogen akan mempercepatkan penuaan yang menyebabkan payudara kendur, kulit berkedut, simptom menopaus dan pelbagai lagi. Pengambilan phytoestrogen akan menyeimbangkan hormon wanita dan merangsangkan pembesaran, ketegangan serta kemontokan payudara. Ia semulajadi dan selamat tanpa perlu melalui pembedahan yang menyakitkan dan pengambilan steroid yang merbahaya.
Pueraria Mirifica yang terbukti kaya dengan phtyestrogen yang dapat bertindak mengubati ketidakseimbangan hormon wanita yang menyebabkan payudara kendur.
Ia membantu mengimbangkan hormon wanita untuk mengaktifkan pembinaan tisu, menegangkan tisu kulit, mengembangkan tisu lemak dan ligamen di sekeliling payudara untuk memberi sokongan dan membentuk kembali payudara supaya lebih tegang, kenyal dan montok.
KEPENTINGAN ESTROGEN UNTUK WANITA
Wanita akan mengalami ketidakstabilan hormon disepanjang hayat mereka. Paras hormon sebelum akil baligh adalah berbeza dengan remaja, dan apabila semakin berumur dan kitaran haid telah berhenti anda akan mengalami ketidakseimbangan hormon untuk kesekian kalinya. Walaubagaimanapun, hormon yang terbaik akan kembali aktif didalam tubuh wanita adalah diwaktu selepas melahirkan anak. Pada masa itu, setiap wanita akan memperolehi keadaan kulit yang lebih sempurna, wajah yang lebih cerah dan tubuh yang lebih sihat. Payudara mereka juga akan membesar bagi tujuan penyusuan bayi.
Pueraria Mirifica mengandungi hormon yang sama sebagaimana waktu wanita selepas melahirkan! Oleh itu, penggunaan kapsul dapat membantu meningkatkan kesihatan dan pembesaran payudara, dan jangan bimbang anda tidak akan menghasilkan susu untuk bayi. Ini disebabkan ia membantu membekalkan hormon tetapi tubuh anda tidak menghasilkan hormonnya sendiri. Kesimpulannya, dapatlah kami katakan bahawa, produk kami dapat membantu wanita meningkatkan saiz payudara mereka sebagaimana keadaannya diwaktu selepas melahirkan anak.
Estrogen ialah hormon semulajadi badan wanita yang dihasilkan oleh sel-sel daripada ovari, glan adrenal dan lemak. Ia berfungsi untuk memelihara sistem reproduktif wanita iaitu rahim, kesuburan, peranakan termasuk payudara. Semasa remaja: Estrogen diperlukan oleh badan pada waktu tumbesaran dan keremajaan untuk membina ciri-ciri kewanitaan seperti pembentukan badan dan payudara. Rendahnya penghasilan estrogen pada waktu tumbesaran remaja menyebabkan pembentukan bentuk badan menjadi kurus dan tidak menarik serta payudara yang kecil, leper dan rata.
Untuk wanita dewasa: Pertambahan usia akan memperlahan dan mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan. Tahap estrogen yang rendah akan mengganggu keseluruhan sistem dan fungsi badan serta menjadikan imunisasi badan semakin lemah. Kurangnya estrogen dalam badan juga menjadi punca proses penuaan, kekenduran kulit dan payudara, osteoporosis, ketidaksuburan, kekeringan dibahagian vagina, atropic vaginitis dan risiko sakit jantung.
Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes), emosi yang berubah dan tekanan. Estrogen juga amat penting untuk mengawal kitaran haid dan kesuburan wanita. Penghasilan estrogen yang tidak menentu juga adalah punca yang menyebabkan penyakit Sindrom Sebelum Haid (PMS) dan Ketegangan Sebelum Haid (PMT).
Perkara-perkara di atas menunjukkan kepentingan estrogen terhadap sistem badan wanita. Ketidak seimbangan hormon dalam badan dan kehilangan estrogen akibat pertambahan usia perlu diganti semula melalui kaedah yang selamat dan berkesan. Kaedah yang selamat, mudah dan berkesan adalah melalui sumber semulajadi, seperti tumbuhan.
Apa itu Estrogen?
Estrogen adalah sejenis hormon yang dihasilkan dari dalam badan kita. Keupayaan dan tahap pengeluarannya mempengaruhi pembentukan bentuk badan seseorang wanita di awal baligh seseorang wanita (biasanya antara umur 9-21 tahun). Selepas wanita berumur 21 tahun selalunya penghasilan Estrogen dalam tubuh akan berhenti dan ianya akan terhasil sekali dalam tempoh sebulan, iaitu ketika seseorang wanita dalam haid.
Seringkali wanita yang tidak menjaga kesihatan diri akan berhadapan dengan risiko terhentinya pengeluaran Estrogen, dan kesannya haid terputus lebih awal dan sekaligus berhadapan dengan menopaus yang terlalu awal. Manakala pengeluaran estrogen yang tidak stabil akan menjadikan pertumbuhan bentuk badan menjadi tergendala dan terbantut, seperti payudara yang terlalu kecil dan saiz badan yang tidak seimbang.
Tumbuhan Ajaib Kurniaan Tuhan (Pueraria mirifica).
Pueraria mirifica atau Lobata gred terbaik yang terdapat dalam adunan Q~She adalah anugerah Tuhan yang boleh membantu meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen dalam badan wanita yang mengaktifkan kolagen di bawah kulit.
Pueraria mirifica (keluarga Pueraria gred terbaik) kini hanya tumbuh di utara
Kebaikan Pueraria mirifica terhadap kulit :
o Menganjalkan kulit yang telah melendut.
o Menegang dan menghaluskan stuktur kulit.
o Mengurangkan garis-garis halus.
o Menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri dan meratakan warna kulit.
o Menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak.
o Kulit kurang kasar dan tidak akan kering.
o Mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan.
o Mencerah dan menghilangkan lebam bawah mata.
o Melambatkan proses penuaan secara berkesan.
Apabila tahap hormon di dalam badan semakin merosot ditambah dengan serangan radikal bebas akan melemahkan dan mengurai serat kolagen di bawah kulit dermis. Pengurangan Proteoglycans juga mengakibatkan kulit hilang keanjalan dan struktur kulit terjejas menyebabkan keadaan kulit menjadi melendut dan garis-garis serta kedutan akan terbentuk.
Peningkatan kadar hormon estrogen akan menggalakkan peningkatan Proteoglycans supaya dapat mengekalkan kolagen dalam susunan yang sekata. Ini menjadikan keadaan kulit kembali anjal dan dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan.
Kolagen memainkan peranan penting dalam menjadikan kulit licin, anjal dan berseri seperti kulit semasa remaja.
15% daripada tisu kulit manusia terdiri daripada kolagen yang amat penting untuk mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit.
Penghasilan kolagen mulai berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia wanita 25 tahun. Dan pada usia 50 tahun, badan akan kehilangan hampir separuh dari kolegen yang ada. Oleh yang demikian, seseorang itu akan menghadapi masalah kulit kering, tidak bermaya, berkedut, kulit melendut, keguguran rambut dan tidak bermaya, kuku yang lemah dan rapuh. Penurunan kolagen juga akan menyebabkan kehilangan jisim badan tanpa lemak yang mengakibatkan penurunan metabolisma badan, kesannya peningkatan berat badan meskipun tanpa mengambil makanan yang berlebihan akan terjadi.
Kebaikan Pueraria mirifica terhadap payudara dan punggung :
o Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur.
o Memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat.
o Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut.
o Menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara.
o Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang lebih jelas dan ketara.
o Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara.
o Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi,sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang dan anjal, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.
Akibat dari kemerosotan dan kekurangan penghasilan kadar estrogen di dalam badan kerana semakin meningkatnya usia, akan merubah bentuk badan seseorang wanita. Selain dari faktor usia, melahirkan anak dan cara pemakanan juga menjadi antara penyebab utama kepada perubahan bentuk badan wanita.
Kebaikan Pueraria mirifica terhadap kuku :
o Mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh.
o Menguatkan kuku agar tidak mudah merekah dan menyerpih.
o Meningkat dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat.
o Kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat.
Kebaikan Pueraria mirifica terhadap rahim dan vagina :
o Mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal.
o Memberi perlindungan maksima ke atas masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
o Memberi perlindungan maksima ke atas keputihan dan masalah haid yang tidak teratur.
o Melembabkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakannya.
o Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder).
o Menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi.
o Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj,menjadikana anda wanita yang paling istimewa pada suami.Keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya.
o Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin.
Kebaikan Pueraria mirifica terhadap kesihatan :
o Menambahkan kesegaran, tenaga dan meningkatkan kadar libido (ketahanan).
o Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
o Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung,arteriosclerosis, sesudah menopaus dan osteophorosis.
o Mencegah penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi.
Kebaikan Pueraria mirifica terhadap rambut :
o Mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya.
o Mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang.
o Menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
o Mengawal keguguran rambut.
o Melambat penuaan rambut dan mengawal rambut dari cepat beruban.
o Menjadikan rambut lebih sihat,bersinar,beralun dan hitam berkilat.
Kebaikan Pueraria mirifica terhadap badan :
o Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
o Membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh.
o Mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan.
WM: RM68.00 | EM: RM75.00 | Bru: $38.50 | S'pore: $37.00
BIDADARI: NIKMAT DUNIA YANG HALAL DAAN TAYYIB

BIDADARI adalah minuman berfungsi untuk kesihatan dan kecantikan yang dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah seperti Madu Asli, Manjakani, Sirih, Serai, Akar Serapat, Jarum Emas, Kacip Fatimah, Asam Jawa, Kurma dan lain-lain herba terpilih.
Kaya dengan protien, serat, karbohidrat, dan vitamin A,B,C,D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina sistem rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan suami isteri.
Untuk wanita dewasa: Pertambahan usia akan memperlahan dan mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan. Tahap estrogen yang rendah akan mengganggu keseluruhan sistem dan fungsi badan serta menjadikan imunisasi badan semakin lemah. Kurangnya estrogen dalam badan juga menjadi punca proses penuaan, kekenduran kulit dan payudara, osteoporosis, ketidaksuburan, kekeringan dibahagian vagina, atropic vaginitis dan risiko sakit jantung.
Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes), emosi yang berubah dan tekanan. Estrogen juga amat penting untuk mengawal kitaran haid dan kesuburan wanita. Penghasilan estrogen yang tidak menentu juga adalah punca yang menyebabkan penyakit Sindrom Sebelum Haid (PMS) dan Ketegangan Sebelum Haid (PMT).
Perkara-perkara di atas menunjukkan kepentingan estrogen terhadap sistem badan wanita. Ketidak seimbangan hormon dalam badan dan kehilangan estrogen akibat pertambahan usia perlu diganti semula melalui kaedah yang selamat dan berkesan. Kaedah yang selamat, mudah dan berkesan adalah melalui sumber semulajadi, seperti tumbuhan.
Keistimewaan Bidadari :-
* Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
* Membantu mengatasi masalah senggugut.
* Membina rahim.
* Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
* Menyegarkan & menyempitkan otot faraj.
* Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
* Menambah kolegen dalam badan.
* Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
* Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
* Membekalkan tenaga segera.
* Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan. Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin...
BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri)
Keistimewaan Bidadari :-
* Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
* Membantu mengatasi masalah senggugut.
* Membina rahim.
* Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
* Menyegarkan otot faraj.
* Menyempitkan faraj.
* Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
* Menambah kolegen dalam badan.
* Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
* Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
* Melegakan panas badan.
* Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
* Membekalkan tenaga segera.
* Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.
* Sangat baik untuk wanita lepas bersalin samada secara normal atau pembedahan[/quote]
WM: RM53.00 | EM: RM58.50 | BRU: $29.50 | S'PORE: $28.50